Thursday, May 19, 2016

Menang Projek


Hari ini kita cerita mengenai menang projek. Siapa yang tidak suka kalau menang, betul tak? Bagi seorang pengurus projek, bila menang projek sahaja diri ini akan rasa resah dan gelisah. Sebab apa? itu tandanya akan ada kerja. 

Alhamdulillah. Semalam terima panggilan dari existing client yang memaklumkan pihak syarikat saya bekerja ini menang projek disana. Sememangnya projek ini tidak sebesar projek yang pertama, tetapi, rezeki juga kan. 

Perkara pertama yang akan saya lakukan adalah untuk mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) atau dalam bahasa omputih Letter of Award (LOA). Guna lah memana terma pun maksudnya tetap sama. Saya dimaklumkan yang SST ini perlu ditandatangani di tempat client. Tapi kan, tak kan la nak sign tanpa lihat isi kandungan dulu. Bahaya dan berisiko sekali. So, arrange assistant untuk pick-up the letter. Yeah, boleh pick-up. Selesai satu perkara.

Siapa nak sign ni? Dalam syarikat ini ada 4 pengarah. Diantara 4 pengarah ini, 3 daripadanya yang turut serta dalam projek, yang seorang lagi akan hanya fokus pada Finance dan Operation syarikat. Since value projek cuma RM150K++, projek pun supply barang sahaja. Pengarah paling junior yang akan pick up this projek. Pengarah syarikat saya yang sorang ni paling mudah nak deal, sebab dia senang menerima pendapat orang lain dan dia tak kisah kalau cadangan dia tidak diterima asalkan pengakhirannya positif.

What's next? Isi kandungan SST la kan? Dengan pengalaman mencecah 3 tahun dalam pengurusan projek. Selalunya saya cuma ambil tahu beberapa perkara penting sahaja. Iaitu :-


  1. Tarikh SST
  2. Nama projek? Apa yang dibuat? Apa yang disupply? Kuantiti? Tempoh masa?
  3. Keperluan untuk Insurance? Bon Pelaksanaan? Retention value? Lump Sum value?
  4. Jadual harga?
  5. Denda lewat (if any).
Saya ada cakap diatas yang pihak kami pernah mendapat projek yang sama sebelum ini. Jadi keperluan untuk saya double check, sama atau tidak dengan yang dahulu. Hehe, ada penambahan beberapa perkara. Denda dikenakan sekiranya penghantaran lewat dan Insurance Erection All Risk. Part insurance saya cerita selepas ini yer.

Insurance. Ya, untuk projek pun perlukan insurance, mana lah tahu kan semasa penghantaran tergelincir ke, terjatuh ke atau apa-apa musibah yang mungkin melanda. Sekurang-kurangnya kita mempunyai perlindungan, walaupun diri sendiri ada insurance. Banyak insurance tak rugi pun.

As usual, ku harap projek ini sukses. Penanda aras sukses bagiku adalah penghantaran tepat pada masa, kualiti produk yang dihantar optimum dan client menyelesaikan pembayaran. Itu sahaja.

Last but not least. This is my first posting. I want to share to others what are Project Manager do as a routine of their life.

Enjoys reading.

No comments:

Post a Comment