Thursday, November 3, 2016

Buat Benda Yang Anda Tidak Tahu


Salam,

Apa yang akan anda buat bila Boss anda bagi arahan untuk melaksanakan sesuatu perkara tetapi anda tidak ada idea untuk menguruskannya?

Hampir berbulan-bulan saya terlalu memikirkan perkara-perkara yang saya tidak pernah buat tetapi perlu dilaksanakan.

Okay, let's we start with a story.

Al-kisah.. .. tersebut la kisah sang kancil datang beramai-ramai melawat Sultan Firaun.. mana Firaun pakai Sultan.. - Pendekar Bujang Lapuk.. humor pulok..

Cerita ini bermula begini, bila mana ada 1 projek penyewaan perlatan IT. Saya masuk terlibat bila mana projek ini sudah separuh jalan. Menghabiskan setahun setengah melayani projek ini memang tiada masalah. Betul ni..

Episod duka lara bermula setelah kontrak ini tamat.

Meh la kita senaraikan masalah-masalah berlaku :-
  1. Bila nak ambil peralatan, user tak benarkan kerana peralatan baru belum diterima.
  2. User maklumkan pengambilan barang sehingga sekian-sekian masa. Malangnya tidak dimaklumkan dengan tepat.
  3. User maklumkan mereka akan bayar sehingga mana mereka guna. Malangnya guna hampir 9 bulan tetapi nak bayar sehingga 6 bulan sahaja dengan alasan tender peralatan baru bermula sudah bermula.
  4. Pihak pembekal terlalu lambat respond sewaktu di penghujung projek.
  5. Pihak pembekal memberi harga jual balik yang mencecah lebih 30% dari harga asal, wal hal peralatan tersebut sudah berusia lebih 3 tahun.
  6. Pihak pembekal mengenakan cas untuk pengambilan peralatan.
Mungkin kalau disenaraikan banyak-banyak nampak seperti saya menyalahkan pihak lain sahaja.
Baik lah. Dengan ini salah terpaksa menyalahkan pihak yang mula-mula menjaga projek ini. Mereka tidak bertindak betul pada awal projek. Antara yang saya salahkan pasukan sendiri adalah :-

  1. Kontrak berat sebelah dimana hampir kebanyakan klausa menyebelahi pihak user.
  2. Memilih pembekal yang kurang pengalaman di Malaysia.
  3. Memilih untuk ada 2 layer leasing. Maksud saya.. pihak user berurusan dengan saya, saya berurusan dengan pihak seterusnya dan pihak seterusnya perlu berurusan dengan satu lagi pihak. tindakan ini bagi saya merugikan dari segi masa dan kos. Banyak sangat orang tengah memang masalah.
Saya tulis 3 perkara itu cukup lah.. banyak-banyak tulis nanti membosankan.. Ye dak?

Baik lah.. bila masalah sudah banyak.. Apa nak buat?

Okay..

Formula yang saya gunakan ada PAT. Apa itu PAT? Pelan. Aksi. Tanya.



Kita guna Bahasa Melayu la senang kan.

Pelan.
  • Pelan atau in English we call Plan.
  • Setiap perkara kena ada plan.
  • If you fail to plan, you are plan to fail.
  • Kena yakin, setiap plan mungkin bukan yang terbaik, tetapi boleh ditambah baik secara berkala.
  • FYI, it takes months for me to get all the info to close this projek.
Aksi
  • Aksi atau action.. macam berlakon plak.
  • Kena berani bertindak dan beraksi dengan pelan yang kita ada. Kalau tak sampai bila-bila tidak selesai.
Tanya
  • Ini part paling best. dah kalau tak tahu.. TANYA.
  • Kita bukan dilahirkan pandai serba serbi. Jadi bila tidak tahu, kena Tanya.
  • Saya Tanya pelbagai peringkat orang untuk selesaikan projek ini. Dari pengarah syarikat, user, teammate, supplier dan termasuk juga staff-staff yang pernah handle projek ini.
  • Saya kemudian kena Tanya orang-orang berpengalaman disebabkan saya tidak tahu apa proses dan procedure untuk membuat pengambilan barang sewaan.
Akhir kata,
Nantikan episode seterunya sama ada projek ini Berjaya ditutup dengan sempurna atau tidak.
Stay tuned.