Kontrak dalam Bahasa Melayu.
Contract dalam Bahasa Inggeris.
Perkataan yang kalau cakap dalam mana-mana Bahasa diatas bunyinya tetap sama. Tapi kalau kahwin kontrak itu dah lain. Wakaka.
Kontrak tu apa? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat :-
"1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~."
Macam mana? Faham ke faham?. Secara asasnya dokumen perjanjian antara 2 pihak atau lebih. Itu jer..
Kontrak ini pada skop kerja saya memang agak leceh sebenarnya. Jadi, untuk make it short. Bila bertemu dengan dokumen kontrak. Saya akan cari beberapa perkara sahaja iaitu :-
- Nama kontrak.
- Tempoh kontrak.
- Nilai kontrak.
- Denda.
- Jadual Harga.
- Jaminan.
Memang itu sahaja yang saya semak. Bukan apa, berdasarkan pengalaman yang kerdil ini. Selalunya perkara-perkara lain didalam kontrak sama sahaja. Contohnya kontrak kerajaan, tebal-tebal pun isinya tetap sama.
Penting ke kontrak ni? SANGAT PENTING. Tanpa kontrak cakap apa pun tak guna sebab tiada sandaran apa-apa. Jadi, kontrak sangat lah penting.
Alhamdulillah. So far baru terima kontrak dari GLC Pembekal Tenaga terbesar di Malaysia ini. Kontraknya pun simple sahaja. Cuma nilainya jutaan ringgit juga lah.
Apa yang saya nak cerita untuk hari ini adalah pasal kontrak. Anda pernah tengok kontrak? hehe. Kontrak Astro pun kontrak gak. Agreement beli kereta pun kontrak gak. Nak tahu kontrak itu sah atau tidak cuma ada 1 perkara. Duti Setem mesti dibayar. Macam mana nak buat Duti Setem? Bawa dokumen kontrak anda ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Matikan setem selepas itu. Selesai.
PS: Pertengahan bulan Jun ni ada Kursus Contract Management selama 2 hari di Setia Alam. Looking forward to know gak ni.